Posts

Showing posts matching the search for BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Image
  NURUL HIDAYAH BINTI SAMSUDIN 194151 Hi semua! Assalamualaikum semua! Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kat Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana dah ajar saya subjek BBN3402 dengan jayanya pada semester ni. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat rasakan sepanjang saya berada dalam kelas ni. Mula-mula nak ambik kursus ni, macam nak taknak je sebab tak kenal lecturer yang ajar. Hahahaha. Waktu dah daftar subjek ni (aku daftar subjek ni time dah minggu kedua belajar), time first time masuk kelas Prof., macam culture shock sikit. Sebabnyaaaa... Banyak kerja weh. Hahahahahaha. Tapi, aku macam okaylah sebab ramai classmate aku yang join sekali. Jadi, macam ada geng lah yang join kelas Prof. Jadi, memang pulun habis lah buat kerja Prof. Memang banyak! Tak tipu punya! Hahahahahaha. Tapi, aku jenis okay je sebab yelah. Belajarkan. Nak dapat ilmu tu bukan mudah. Jadi, aku buat jelah kerja Prof. Kekadang adalah jugak rasa koyak atau stress sikit sebab kerja banyak sang...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

Image
  Video 6 Teks Asal Definisi Operasional & Organisasi Kajian (Bab 1) Bab 1 Seterusnya kita pergi 1.8 iaitu definisi operasional. Ini agak sukar ya. Kadang-kadang pelajar ni dia agak keliru. Operasional bermakna tentang definisi yang tentang kajian yang kita jalankan. Bukan definisi konsep. Bukanlah definisi macam contoh ada pelajar pergi buat apa makna wacana satu, lepastu apa makna skrip satu, tekstual satu, animasi satu, cerita satu, rakyat satu, melayu satu. Itu salah ya. Kita bukan nak definisi itu. Kalau definsi tiap-tiap satu mulalah pelajar akan rujuk kamus dewan ye. Dia rujuk semua jenis kamus. Tidak mahu! Jangan!                 Jadi operasional ialah tentang kajian kita. Jadi biasanya definisi operasional ni minima dua ataupun maksima, paling maksima pun tiga. Tentang bagaimana kita nak jalankan kajian ni supaya bila pembaca baca baru faham, oh ini maksud dia. Jadi kalau kita tengok tajuk...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

Image
  Video 7 Teks Asal (Persoalan Kajian / Objektif Kajian (Bab 1)) Bab 1, 1.4. Kalau kita tengok di sini, 1.4 Persoalan kajian dan objektif kajian 1.5. Jadi kita ambil persoalan kajian. Okay. Jadi persoalan kajian dengan objektif kajian perlulah sejajar. Okay. Perlu sejajar. Kerana ia berkaitan. Jadi sekarang ini, contoh, kita ambil contoh yang ini. Persoalan kajian. Tengok beza sini. Mengenal pasti wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu. Ini objektif dia. Apakah wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu. Jadi ini kalau misalnya objektif dia dan persoalan dia ini ada satu. Jadi persoalan dia teruslah. Maknanya kita boleh faham dah. Tapi kalau contohnya “menganalisis kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah”, kita boleh jadi dua soalan daripada satu objektif iaitu “Sejauh manakah kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah?” “Bagaimanakah pelajar memberi pendapat menerusi skrip animasi cerita rakyat...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

Image
  Video 9b Teks Asal Bab 4 Keputusan dan Perbincangan   Kita mulakan dengan Bab 4. Bahagian keputusan dan perbincangan. Jadi, sebelum ini saya ada jelaskan tentang Bab 4 keputusan perbincangan dan cara menganalisis data dengan menggunakan jadual. Tetapi yang ini, kita ada satu lagi cara yang berbeza. Jadi tajuk yang sama iaitu Bab 4 keputusan dan perbincangan. 4.1 kita letak pengenalan. 4.1 Pengenalan Seperti juga, saya jelaskan sebelum ini, semua bab mesti ada pengenalan dan dalam pengenalan Bab 4 ini, kita cuma jelaskan apa yang terkandung dalam bab ini. Ingat, kalau kita buat panjang lebar dalam bab pengenalan ini nanti, membuatkan seperti sorotan kajian lah pula. Jadi, dalam pengenalan ini tidak perlulah ada rujukan sebab bila kita ada rujukan akhirnya kita akan jadi seperti bukan Bab 4. Sebab Bab 4 ini, kita akan analisis data. Jadi seterusnya kita masuk ke 4.2. 4.2 ini biasanya kita akan merujuk kepada objektif kita. Saya beri contoh objektif ini. Objektif ka...