BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

 

Sewaktu Prof. belajar di luar negara, di United Kingdom, Prof. memang mencari rumah sewa yang berhampiran dengan kedai-kedai Pakistan kerana senang untuk mendapat makanan halal. Jadi bukan sahaja pemikiran Prof. ketika itu untuk mencari rumah sewa yang dekat dengan makanan halal tetapi rupa-rupanya ramai pelajar Malaysia yang mencari rumah di sekitar itu. Jadi, apabila Prof. tiba di sana, memang ada kesatuan yang menyambut Prof. iaitu ada yang menjemput di lapangan terbang sebab tempat Prof. masih jauh dari London. Bila sampai di sana, Prof. memang terkejut kerana ramai masyarakat melayu di sana dan kawasan situ juga memang banyak kedai Pakistan. Jadi makanan halal sangat mudah untuk didapati dan juga pada ketika itu, jikalau hendak pergi ke sembahyang Jumaat juga mudah kerana masjid ada dan tidak jauh daripada situ. Tapi ada sedikit masalah apabila komuniti melayu terlalu ramai di sana. Di Malaysia, majoriti adalah melayu. Misalannya jikalau selisih dengan orang yang dikenali di lif atau di jalan raya, tetapi tidak tegur tidak mengapa sebab memang majoriti di kawasan kita adalah bangsa melayu. Tetapi apabila di sana, walaupun ramai melayu tetapi komuniti melayu di sana adalah kecil. Jadi, ada sedikit masalah apabila kita pergi ke supermarket contohnya Prof. ada nampak kelibat orang Malaysia di dalam supermarket tersebut. Prof. tahu itu orang Malaysia kerana boleh tahu dari segi warna kulit dan juga memakai tudung, dan juga cara orang itu bercakap. Jadi masalahnya ialah walaupun tahu dia melayu, ada segelintir yang cuba mengelakkan diri  daripada berjumpa. Ada yang cuba menghalakan diri ke tempat lain supaya tidak bertemu. Sedangkan Prof. tahu itu adalah orang Malaysia. Ada juga yang pergi berjumpa, contohnya Prof. berjumpa dan memperkenalkan diri. Rupa-rupanya. Prof. tidak tahu yang Prof. terlebih peramah adalah tidak bagus di sana. Mereka tidak suka ditegur disebabkan itu mereka pandang tempat lain dan terus jalan. Ada yang sebegitu. Jadi, selepas itu Prof. berfikir mungkin itu adalah masalah Prof. kerana mungkin mereka bukan orang Malaysia, mungkin dari Brunei. Tetapi boleh rasanya jikalau mereka menjawab dengan menyatakan bahawa mereka bukan orang Malaysia. Prof. tidak pernah berjumpa dengan orang Indonesia di sana. Kalau di negara orang, walaupun bangga ada rakyat Malaysia di sana, ramai tidak berfikiran sebegitu. Ada yang tidak mahu bermesra dan berkawan. Selepas daripada itu, Prof mengambil iktibar dengan apabila berjumpa dengan orang lain, Prof tidak akan ambil tahu. Mungkin keadaan orang yang Prof tegur itu adalah seperti Prof pada masa dahulu. Pernah menegur orang lain tetapi diabaikan. Prof tidak kecil hati kerana mungkin itu adalah lumrah. Prof pernah berselisih dengan artis Malaysia yang berkahwin dengan orang barat atau Kanada, Prof menegur dengan memberi salam. Artis tersebut nampak terkejut tetapi tidak menunjukkan beliau sombong. Prof senyum sahaja. Prof lebih more appreciate di sana, appreciate orang yang ingin bekerja dan tinggal di sana. Kita sama-sama tolong sesama sendiri. Appreciate more, dan bangga menjadi anak Malaysia. Di negara sana, mat salleh tidak suka kita yang memakai tudung. Jadi, janganlah terlalu over. Prof pernah berpengalaman mat salleh menjerit ke Prof semasa mabuk iaitu dia menyuruh Prof balik semula ke negara asal Prof. Prof takut dan terus menaiki bas untuk pulang ke rumahnya di sana.

Bukti Kehadiran:

Tiada gambar pada minggu ini

Comments

Popular posts from this blog

BBN3402SATU2020: MINGGU 1 SEBAB DAFTAR LAMBAT

BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER