BBN3402SATU2020: MINGGU 1 SEBAB DAFTAR LAMBAT

 

    NURUL HIDAYAH BINTI SAMSUDIN

194151

Saya Nurul Hidayah binti Samsudin telah daftar lambat untuk subjek BBN3402: Penterjemahan Berbantukan Komputer. Antara sebab saya daftar lambat iaitu pada minggu kedua kerana saya masih tidak cukup kredit. Kredit yang diperlukan adalah melebihi 12 kredit bagi satu semester. Sebelum habis tempoh pendaftaran, saya semak semula subjek yang saya sudah daftar dan saya lihat saya masih kekurangan kredit. Rakan sekelas saya iaitu Muhammad Alif Aufa bin Jamaludin serta Anas bin Amil telah mengajak saya untuk mendaftar subjek ini. Jadi, saya gunakan peluang yang ada untuk mendaftar subjek ini. Saya juga mendaftar subjek ini bertujuan untuk memenuhkan subjek minor yang perlu dilunaskan sebelum bergraduasi. Saya berharap saya dapat menimba ilmu dan dapat pengetahuan yang baharu selama saya belajar subjek ini. Saya juga berharap dapat membuat segala assignment yang pensyarah beri dan dapat memahami apa yang diperlukan. Sekian sahaja coretan saya bagi minggu satu ini. Sekian terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)