BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)
Video 9b Teks Asal Bab 4 Keputusan dan Perbincangan Kita mulakan dengan Bab 4. Bahagian keputusan dan perbincangan. Jadi, sebelum ini saya ada jelaskan tentang Bab 4 keputusan perbincangan dan cara menganalisis data dengan menggunakan jadual. Tetapi yang ini, kita ada satu lagi cara yang berbeza. Jadi tajuk yang sama iaitu Bab 4 keputusan dan perbincangan. 4.1 kita letak pengenalan. 4.1 Pengenalan Seperti juga, saya jelaskan sebelum ini, semua bab mesti ada pengenalan dan dalam pengenalan Bab 4 ini, kita cuma jelaskan apa yang terkandung dalam bab ini. Ingat, kalau kita buat panjang lebar dalam bab pengenalan ini nanti, membuatkan seperti sorotan kajian lah pula. Jadi, dalam pengenalan ini tidak perlulah ada rujukan sebab bila kita ada rujukan akhirnya kita akan jadi seperti bukan Bab 4. Sebab Bab 4 ini, kita akan analisis data. Jadi seterusnya kita masuk ke 4.2. 4.2 ini biasanya kita akan merujuk kepada objektif kita. Saya beri contoh objektif ini. Objektif ka...