Posts

Showing posts matching the search for BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Image
  NURUL HIDAYAH BINTI SAMSUDIN 194151 Hi semua! Assalamualaikum semua! Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kat Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana dah ajar saya subjek BBN3402 dengan jayanya pada semester ni. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat rasakan sepanjang saya berada dalam kelas ni. Mula-mula nak ambik kursus ni, macam nak taknak je sebab tak kenal lecturer yang ajar. Hahahaha. Waktu dah daftar subjek ni (aku daftar subjek ni time dah minggu kedua belajar), time first time masuk kelas Prof., macam culture shock sikit. Sebabnyaaaa... Banyak kerja weh. Hahahahahaha. Tapi, aku macam okaylah sebab ramai classmate aku yang join sekali. Jadi, macam ada geng lah yang join kelas Prof. Jadi, memang pulun habis lah buat kerja Prof. Memang banyak! Tak tipu punya! Hahahahahaha. Tapi, aku jenis okay je sebab yelah. Belajarkan. Nak dapat ilmu tu bukan mudah. Jadi, aku buat jelah kerja Prof. Kekadang adalah jugak rasa koyak atau stress sikit sebab kerja banyak sang...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

Image
  Video 1 Teks Asal Pengenalan/ Pendahuluan & Latar Belakang Kajian (Bab 1) Bab 1 iaitu bab bahagian pendahuluan ataupun kadang-kadang pelajar dia tulis sebagai bab pengenalan. Boleh je mana satu pun, boleh nak letak pendahuluan boleh, nak letak pengenalan pun boleh. Jadi bab ini kalau kita tengok dalam buku ni, kita ada banyak subtopik ya. Subtopik kita ada pengenalan. Pengenalan sama dengan semua bab iaitu kita memperkenalkan apa ada dalam bab tersebut. Latar belakang, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif, kepentingan kajian, batasan, definisi operasional, organisasi kajian dan kesimpulan, Okey jadi kita seperti biasa kita akan masukkan 1.1 pengenalan, jadi dalam bahagian pengenalan ini kita akan memperkenalkan apa dalam bab ini. Tapi kadang-kadang kita, saya dapati pelajar tidak tulis pengenalan ni dalam lebih kurang dua hingga tiga halaman macam tu. Tapi nama pun pengenalan, pengenalan kalau kita letak panjang lebar dia dah jadi seperti latar belakang. Kadang-kad...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

Image
  Video 6 Teks Asal Definisi Operasional & Organisasi Kajian (Bab 1) Bab 1 Seterusnya kita pergi 1.8 iaitu definisi operasional. Ini agak sukar ya. Kadang-kadang pelajar ni dia agak keliru. Operasional bermakna tentang definisi yang tentang kajian yang kita jalankan. Bukan definisi konsep. Bukanlah definisi macam contoh ada pelajar pergi buat apa makna wacana satu, lepastu apa makna skrip satu, tekstual satu, animasi satu, cerita satu, rakyat satu, melayu satu. Itu salah ya. Kita bukan nak definisi itu. Kalau definsi tiap-tiap satu mulalah pelajar akan rujuk kamus dewan ye. Dia rujuk semua jenis kamus. Tidak mahu! Jangan!                 Jadi operasional ialah tentang kajian kita. Jadi biasanya definisi operasional ni minima dua ataupun maksima, paling maksima pun tiga. Tentang bagaimana kita nak jalankan kajian ni supaya bila pembaca baca baru faham, oh ini maksud dia. Jadi kalau kita tengok tajuk...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

Image
  Video 5 Teks Asal Kepentingan Kajian (Bab 1) Bab 1 1.6 Kepentingan kajian                 Okay. Kepentingan kajian ini memang kita kena ceritakan atau jelaskan dengan terperinci ya. Kerana di sini biasanya kita dalam borang pemeriksa, kita ada satu bahagian yang menunjukkan apakah kepentingan kajian ini. Kalau kajian tak penting, kenapa pula kita kena jalankan kajian. Jadi, sebab itulah, sebab ada kepentingan kita jalankan kajian. Jadi, untuk bahagian ini kita akan tulis dengan menggunakan subtopik. Jadi subtopik kepentingan kajian ni dibawahnya kita ada lagi subtopik yang lain. Jadi bahagian ini kita kena ambil ya. Kalau contohnya sekarang kajian kita tentang Wacana Tekstual Skrip Animasi Cerita Rakyat. Jadi apa kajian ini penting kerana apa ya, untuk siapa. Jadi kita kena nyatakan. Tapi dalam kepentingan kajian ini kita kena jelaskan mengikut yang besar dahulu. Jadi, kalau daripada kajian ini, kita...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

Image
  Video 4 Teks Asal Batasan Kajian (Bab 1) Kita sambung dalam bab 1. Kita ada 1.7 iaitu Batasan Kajian. Yang ini juga pelajar selalu buat silap ya ataupun dia terlupa nak letak. Jadi, biasanya kalau saya cadangkan dalam penulisan batasan kajian mulanya awak boleh buat dalam bentum jadual. Okay, dalam bentuk jadual jadi ini batasan dia. Yang ini justifikasi. Batasan kajian ini ialah kita nak menyatakan apa justifikasi. Kenapa kita pilih sampel itu. Kenapa kita pilih instrumen itu. Kenapa kita buat soal selidik. Jadi, kita kena letak. Contohnya, kita letak batasan 20 pelajar SK Serdang. Jadi, beri justifikasi kenapa awak pilih 20 pelajar ini. 20 pelajar tadi awak tulis pula 9 tahun. Kenapa awak pilih ni, kenapa awak pilih 20 pelajar daripada SK Serdang. Jadi kalau jumlah dia kenapa 20, kenapa tak 30, kenapa tak 21, kenapa tak 19. Beri justifikasi. Kemudian, kenapa SK Serdang? Kalau SK Serdang awak nak letak dekat yang kedua boleh. Kenapa SK Serdang? Jadi nyatakan kenapa tak sekolah d...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

Image
  Video 9b Teks Asal Bab 4 Keputusan dan Perbincangan   Kita mulakan dengan Bab 4. Bahagian keputusan dan perbincangan. Jadi, sebelum ini saya ada jelaskan tentang Bab 4 keputusan perbincangan dan cara menganalisis data dengan menggunakan jadual. Tetapi yang ini, kita ada satu lagi cara yang berbeza. Jadi tajuk yang sama iaitu Bab 4 keputusan dan perbincangan. 4.1 kita letak pengenalan. 4.1 Pengenalan Seperti juga, saya jelaskan sebelum ini, semua bab mesti ada pengenalan dan dalam pengenalan Bab 4 ini, kita cuma jelaskan apa yang terkandung dalam bab ini. Ingat, kalau kita buat panjang lebar dalam bab pengenalan ini nanti, membuatkan seperti sorotan kajian lah pula. Jadi, dalam pengenalan ini tidak perlulah ada rujukan sebab bila kita ada rujukan akhirnya kita akan jadi seperti bukan Bab 4. Sebab Bab 4 ini, kita akan analisis data. Jadi seterusnya kita masuk ke 4.2. 4.2 ini biasanya kita akan merujuk kepada objektif kita. Saya beri contoh objektif ini. Objektif ka...