Posts

Showing posts matching the search for BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Image
  NURUL HIDAYAH BINTI SAMSUDIN 194151 Hi semua! Assalamualaikum semua! Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kat Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana dah ajar saya subjek BBN3402 dengan jayanya pada semester ni. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat rasakan sepanjang saya berada dalam kelas ni. Mula-mula nak ambik kursus ni, macam nak taknak je sebab tak kenal lecturer yang ajar. Hahahaha. Waktu dah daftar subjek ni (aku daftar subjek ni time dah minggu kedua belajar), time first time masuk kelas Prof., macam culture shock sikit. Sebabnyaaaa... Banyak kerja weh. Hahahahahaha. Tapi, aku macam okaylah sebab ramai classmate aku yang join sekali. Jadi, macam ada geng lah yang join kelas Prof. Jadi, memang pulun habis lah buat kerja Prof. Memang banyak! Tak tipu punya! Hahahahahaha. Tapi, aku jenis okay je sebab yelah. Belajarkan. Nak dapat ilmu tu bukan mudah. Jadi, aku buat jelah kerja Prof. Kekadang adalah jugak rasa koyak atau stress sikit sebab kerja banyak sang...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

Image
  Video 9b Teks Asal Bab 4 Keputusan dan Perbincangan   Kita mulakan dengan Bab 4. Bahagian keputusan dan perbincangan. Jadi, sebelum ini saya ada jelaskan tentang Bab 4 keputusan perbincangan dan cara menganalisis data dengan menggunakan jadual. Tetapi yang ini, kita ada satu lagi cara yang berbeza. Jadi tajuk yang sama iaitu Bab 4 keputusan dan perbincangan. 4.1 kita letak pengenalan. 4.1 Pengenalan Seperti juga, saya jelaskan sebelum ini, semua bab mesti ada pengenalan dan dalam pengenalan Bab 4 ini, kita cuma jelaskan apa yang terkandung dalam bab ini. Ingat, kalau kita buat panjang lebar dalam bab pengenalan ini nanti, membuatkan seperti sorotan kajian lah pula. Jadi, dalam pengenalan ini tidak perlulah ada rujukan sebab bila kita ada rujukan akhirnya kita akan jadi seperti bukan Bab 4. Sebab Bab 4 ini, kita akan analisis data. Jadi seterusnya kita masuk ke 4.2. 4.2 ini biasanya kita akan merujuk kepada objektif kita. Saya beri contoh objektif ini. Objektif ka...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

Image
  Video 12 Teks Asal Menulis Artikel untuk Terbitan dalam Jurnal. Jom Tulis Artikel.   Jom kita tulis artikel. Biasanya pelajar Master atau pelajar PhD diwajibkan untuk menulis artikel untuk diterbitkan. Jadi, saya boleh ajar serba ringkas ya bagaimana kita nak tulis artikel yang baik, yang boleh kita terbitkan. Jadi, pada pelajar yang belum pernah terbit dia akan rasa banggalah. Biasanya artikel dalam jurnal atau bab dalam buku, biasanya hampir sama. Jadi kita ada di sini, kita ada tajuk. Tajuk mestilah yang menarik ya. Yang menarik sehingga orang nak baca artikel kita. Kita sertakan abstrak. Abstrak terpulang kepada jurnal tersebut, yang mempunyai berapa patah perkataan. Kadang-kadang 250 hingga 300. Kemudian ada pengenalan, ada sorotan kajian. Sorotan kajian ni terpulang kepada penulis masing-masing. Penulis kadang-kadang tak letak perkataan sorotan kajian , dia letak tajuk. Macam contoh Animasi Cerita Rakyat. Macam tu, kemudian dalam tu ada sorotan kajian. Kemudian ada met...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

Image
  Video 4 Teks Asal Batasan Kajian (Bab 1) Kita sambung dalam bab 1. Kita ada 1.7 iaitu Batasan Kajian. Yang ini juga pelajar selalu buat silap ya ataupun dia terlupa nak letak. Jadi, biasanya kalau saya cadangkan dalam penulisan batasan kajian mulanya awak boleh buat dalam bentum jadual. Okay, dalam bentuk jadual jadi ini batasan dia. Yang ini justifikasi. Batasan kajian ini ialah kita nak menyatakan apa justifikasi. Kenapa kita pilih sampel itu. Kenapa kita pilih instrumen itu. Kenapa kita buat soal selidik. Jadi, kita kena letak. Contohnya, kita letak batasan 20 pelajar SK Serdang. Jadi, beri justifikasi kenapa awak pilih 20 pelajar ini. 20 pelajar tadi awak tulis pula 9 tahun. Kenapa awak pilih ni, kenapa awak pilih 20 pelajar daripada SK Serdang. Jadi kalau jumlah dia kenapa 20, kenapa tak 30, kenapa tak 21, kenapa tak 19. Beri justifikasi. Kemudian, kenapa SK Serdang? Kalau SK Serdang awak nak letak dekat yang kedua boleh. Kenapa SK Serdang? Jadi nyatakan kenapa tak sekolah d...