Posts

Showing posts matching the search for BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Image
  NURUL HIDAYAH BINTI SAMSUDIN 194151 Hi semua! Assalamualaikum semua! Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kat Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana dah ajar saya subjek BBN3402 dengan jayanya pada semester ni. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat rasakan sepanjang saya berada dalam kelas ni. Mula-mula nak ambik kursus ni, macam nak taknak je sebab tak kenal lecturer yang ajar. Hahahaha. Waktu dah daftar subjek ni (aku daftar subjek ni time dah minggu kedua belajar), time first time masuk kelas Prof., macam culture shock sikit. Sebabnyaaaa... Banyak kerja weh. Hahahahahaha. Tapi, aku macam okaylah sebab ramai classmate aku yang join sekali. Jadi, macam ada geng lah yang join kelas Prof. Jadi, memang pulun habis lah buat kerja Prof. Memang banyak! Tak tipu punya! Hahahahahaha. Tapi, aku jenis okay je sebab yelah. Belajarkan. Nak dapat ilmu tu bukan mudah. Jadi, aku buat jelah kerja Prof. Kekadang adalah jugak rasa koyak atau stress sikit sebab kerja banyak sang...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

Image
  Video 7      Teks Asal Dalam sorotan kajian, 2.1 Pengenalan Seperti biasa dalam pengenalan kita nak huraikan apa ada dalam bab ini, juga kita jelaskan juga bahawa dalam bab ini juga terdiri daripada dua subtopik yang berkaitan. Pastikan subtopik itu berkaitan dengan tajuk kita. Jadi, dicadangkan, biasanya kalau untuk master, bacelor dan juga diploma kita ada boleh dua subtopik sebab itu terpulang kepada berapakah pemboleh ubah dalam tiap-tiap tajuk itu. Kemudian, PhD pula, kadang-kadang ada tiga subtopik atau pun dua. Kita tengok juga apa pemboleh ubah dalam subtopik ini. Contohnya, kajian secara menyeluruh dahulu, 2.2 Kajian tentang Wacana Jadi mungkin kita ambil kajian tentang wacana sahaja. Jadi kajian tentang wacana ini, kita letaklah kajian-kajian yang lepas. Pastikan bahawa kajian itu; 1.     5 tahun ke belakang. Sudah saya jelas banyak kali bahawa 5 tahun ke belakang maknanya, tahun yang awak hantar tesis, tolak belakang 5 tahun ...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)

Image
  Video 10  Teks Asal Kesimpulan (Bab 5) Kita akan mula membincangkan tentang penulisan dalam bab 5 ya. Dalam bab 5 ini kita sebenarnya mempunyai kalau kita lihat dalam buku ini kita mempunyai lebih kurang 6 subtopik. Kalau kita lihat, topik ini kita mulakan 5 point 1 iaitu pengenalan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, dalam semua bab mesti mengandungi pengenalan dan juga kesimpulan. Namun bab 5 kesimpulan digantikan dengan penutup jadi pengenalan bab ini kita bersama huraikan apa yang terkandung dalam bab ini. Bab 5 ini Seterusnya kita akan membincangkan tentang rumusan bahagian rumusan ini bagai rumusan ini sebenarnya kita tengok berapa jumlah objektif kita sekarang ni kita ada dua objektif jadi dalam rumusan maknanya kita akan membincangkan.   Dalam dua perenggan sahaja. Tidak perlu banyak perenggan sebab rumusan ini kita sudah pun sebenarnya kita bincangkan dalam bab empat jadi tidak perlu panjang lebar. Jadi kita mempunyai perenggan.Satu perenggan dua jadi m...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

Image
  Video 4 Teks Asal Batasan Kajian (Bab 1) Kita sambung dalam bab 1. Kita ada 1.7 iaitu Batasan Kajian. Yang ini juga pelajar selalu buat silap ya ataupun dia terlupa nak letak. Jadi, biasanya kalau saya cadangkan dalam penulisan batasan kajian mulanya awak boleh buat dalam bentum jadual. Okay, dalam bentuk jadual jadi ini batasan dia. Yang ini justifikasi. Batasan kajian ini ialah kita nak menyatakan apa justifikasi. Kenapa kita pilih sampel itu. Kenapa kita pilih instrumen itu. Kenapa kita buat soal selidik. Jadi, kita kena letak. Contohnya, kita letak batasan 20 pelajar SK Serdang. Jadi, beri justifikasi kenapa awak pilih 20 pelajar ini. 20 pelajar tadi awak tulis pula 9 tahun. Kenapa awak pilih ni, kenapa awak pilih 20 pelajar daripada SK Serdang. Jadi kalau jumlah dia kenapa 20, kenapa tak 30, kenapa tak 21, kenapa tak 19. Beri justifikasi. Kemudian, kenapa SK Serdang? Kalau SK Serdang awak nak letak dekat yang kedua boleh. Kenapa SK Serdang? Jadi nyatakan kenapa tak sekolah d...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

Image
  Video 1 Teks Asal Pengenalan/ Pendahuluan & Latar Belakang Kajian (Bab 1) Bab 1 iaitu bab bahagian pendahuluan ataupun kadang-kadang pelajar dia tulis sebagai bab pengenalan. Boleh je mana satu pun, boleh nak letak pendahuluan boleh, nak letak pengenalan pun boleh. Jadi bab ini kalau kita tengok dalam buku ni, kita ada banyak subtopik ya. Subtopik kita ada pengenalan. Pengenalan sama dengan semua bab iaitu kita memperkenalkan apa ada dalam bab tersebut. Latar belakang, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif, kepentingan kajian, batasan, definisi operasional, organisasi kajian dan kesimpulan, Okey jadi kita seperti biasa kita akan masukkan 1.1 pengenalan, jadi dalam bahagian pengenalan ini kita akan memperkenalkan apa dalam bab ini. Tapi kadang-kadang kita, saya dapati pelajar tidak tulis pengenalan ni dalam lebih kurang dua hingga tiga halaman macam tu. Tapi nama pun pengenalan, pengenalan kalau kita letak panjang lebar dia dah jadi seperti latar belakang. Kadang-kad...