Posts

Showing posts matching the search for BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Image
  NURUL HIDAYAH BINTI SAMSUDIN 194151 Hi semua! Assalamualaikum semua! Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kat Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana dah ajar saya subjek BBN3402 dengan jayanya pada semester ni. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat rasakan sepanjang saya berada dalam kelas ni. Mula-mula nak ambik kursus ni, macam nak taknak je sebab tak kenal lecturer yang ajar. Hahahaha. Waktu dah daftar subjek ni (aku daftar subjek ni time dah minggu kedua belajar), time first time masuk kelas Prof., macam culture shock sikit. Sebabnyaaaa... Banyak kerja weh. Hahahahahaha. Tapi, aku macam okaylah sebab ramai classmate aku yang join sekali. Jadi, macam ada geng lah yang join kelas Prof. Jadi, memang pulun habis lah buat kerja Prof. Memang banyak! Tak tipu punya! Hahahahahaha. Tapi, aku jenis okay je sebab yelah. Belajarkan. Nak dapat ilmu tu bukan mudah. Jadi, aku buat jelah kerja Prof. Kekadang adalah jugak rasa koyak atau stress sikit sebab kerja banyak sang...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

Image
  Video 2 Teks Asal Pernyataan Masalah / Masalah Kajian (Bab 1) Jadi bab 1 kita teruskan 1.3 pernyataan masalah. Okay. Pernyataan masalah. masalah ataupun masalah. Okay. Dalam pernyataan masalah biasanya pelajar mempunyai masalah ya. Nama pun pernyataan masalah. Masalah macam mana nak tulis pernyataan masalah. Ini sangat kritikal dan sangat penting. Kadang-kadang pelajar dia letak sampai 10 halaman. Masalah nak huraikan tentang penyataan masalah. Bila kita baca langsung tidak ada masalah. Jadi berhati-hati dan juga pelajar selalu letak pernyataan masalah tu dia letak yang dia rasa, macam “saya dapati bahawa pelajar tidak pandai mengira 1 hingga 10”. Awak tu siapa. Jadi kita tak boleh, kita kena ada rujukan. Pernyataan masalah, rujukan merupakan perkara yang penting. Perkara yang penting. Maknanya kita perlu rujuk. Perlu rujuk siapa yang punya kajian yang menunjukkan bahawa ada masalah dalam kajian tersebut. Ataupun kenyataan daripada orang ini atau daripada Normaliza Abd Rahim, 201...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)

Image
  Video 10  Teks Asal Kesimpulan (Bab 5) Kita akan mula membincangkan tentang penulisan dalam bab 5 ya. Dalam bab 5 ini kita sebenarnya mempunyai kalau kita lihat dalam buku ini kita mempunyai lebih kurang 6 subtopik. Kalau kita lihat, topik ini kita mulakan 5 point 1 iaitu pengenalan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, dalam semua bab mesti mengandungi pengenalan dan juga kesimpulan. Namun bab 5 kesimpulan digantikan dengan penutup jadi pengenalan bab ini kita bersama huraikan apa yang terkandung dalam bab ini. Bab 5 ini Seterusnya kita akan membincangkan tentang rumusan bahagian rumusan ini bagai rumusan ini sebenarnya kita tengok berapa jumlah objektif kita sekarang ni kita ada dua objektif jadi dalam rumusan maknanya kita akan membincangkan.   Dalam dua perenggan sahaja. Tidak perlu banyak perenggan sebab rumusan ini kita sudah pun sebenarnya kita bincangkan dalam bab empat jadi tidak perlu panjang lebar. Jadi kita mempunyai perenggan.Satu perenggan dua jadi m...

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

Image
  Video 9b Teks Asal Bab 4 Keputusan dan Perbincangan   Kita mulakan dengan Bab 4. Bahagian keputusan dan perbincangan. Jadi, sebelum ini saya ada jelaskan tentang Bab 4 keputusan perbincangan dan cara menganalisis data dengan menggunakan jadual. Tetapi yang ini, kita ada satu lagi cara yang berbeza. Jadi tajuk yang sama iaitu Bab 4 keputusan dan perbincangan. 4.1 kita letak pengenalan. 4.1 Pengenalan Seperti juga, saya jelaskan sebelum ini, semua bab mesti ada pengenalan dan dalam pengenalan Bab 4 ini, kita cuma jelaskan apa yang terkandung dalam bab ini. Ingat, kalau kita buat panjang lebar dalam bab pengenalan ini nanti, membuatkan seperti sorotan kajian lah pula. Jadi, dalam pengenalan ini tidak perlulah ada rujukan sebab bila kita ada rujukan akhirnya kita akan jadi seperti bukan Bab 4. Sebab Bab 4 ini, kita akan analisis data. Jadi seterusnya kita masuk ke 4.2. 4.2 ini biasanya kita akan merujuk kepada objektif kita. Saya beri contoh objektif ini. Objektif ka...