BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM
Seorang pemuda bernama Alim Mustaqbillah tinggal di United Kingdom selama 6 tahun bersama ibu dan bapanya. Alim sekarang berumur 21 tahun. Selama Alim tinggal di United Kingdom, Alim tidak pandai berbahasa melayu. Apabila Alim pulang semula ke Malaysia, ibu dan bapa Alim berusaha mengajar Alim mengeja dan bercakap dalam bahasa melayu. Alim disekolahkan di sekolah pemulihan kerana mengambil masa dalam mempelajari bahasa melayu. Apabila dewasa, Alim ingin menjadi seorang psikologi. Tetapi, Alim tidak fokus apabila ibunya bercakap dengannya. Alim akan melihat telefon bimbit dan melakukan aktiviti lain. Ibunya berpesan bahawa apabila ingin menjadi seorang ahli psikologi, Alim mestilah menumpukan perhatian apabila seseorang bercakap. Pada satu hari, ibu Alim meminta Alim untuk pergi ke pejabat pos bagi mengepos surat. Alim membeli setem. Ibu Alim berasa risau kerana Alim tidak menghubungi lebih kurang 15 minit setelah pergi ke pejabat pos. Apabila Alim menghubunginya kembali, Alim bertanya kepada ibunya bahawa dia sedang mengopek setem tersebut untuk tampal di surat. Ibunya berasa kelakar tetapi memberitahu Alim bahawa setem itu hanya perlu dibasahkan lalu boleh dilekat. Akhirnya, Alim berjaya melekatkan setem tersebut dan Alim berasa gembira.
Bukti Kehadiran:

Comments
Post a Comment