BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI
Murid SK Temong menang
anugerah filem animasi di Brazil bakal terima insentif
TEBEDU: Kerajaan Negeri Sarawak akan memberi
insentif kepada dua murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Temong yang berjaya
menggondol anugerah 'Best Film By Popular Jury' di Festival de Cinema Escola de
Alvorada (Fecea) atau Festival Filem Sekolah-Sekolah Antarabangsa Alvorada
baru-baru ini, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri
Datuk Amar Michael Manyin Jawong.
Manyin berkata
pemberian insentif itu adalah sebagai ganjaran atas pencapaian cemerlang mereka
dan beliau akan bertemu kedua-dua murid secara peribadi untuk mengucapkan
tahniah serta menambah jumlah insentif tersebut.
"Anugerah
yang dimenangi kedua-dua murid di peringkat antarabangsa sememangnya amat
membanggakan kita," katanya selepas merasmikan penyempurnaan kerja menaik
taraf Gereja St Paul di Kampung Tema Saan di sini semalam.
Macgres Sawet
dan Nabiatul Dania Zulfiqa meraih anugerah itu bagi filem animasi pendek mereka
dalam kategori sekolah rendah menerusi karya bertajuk 'Batu Bijanjii' yang
bermaksud batu perjanjian dalam dialek Bidayuh Bisadung.
Manyin, yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu, berkata SK Temong adalah antara sekolah
rendah terbesar di kawasan itu dan mempunyai kira-kira 200 murid.
Beliau
berkata dua tahun lepas, sekolah itu turut memenangi anugerah di peringkat
negeri dalam satu pertandingan anjuran kementeriannya.
"Mereka
(SK Temong) telah melakukan usaha yang amat baik dan mencapai kejayaan yang
begitu cemerlang," katanya.
Manyin
berkata terdapat juga rancangan untuk menaik taraf bangunan sekolah itu dengan
menambah sebuah lagi blok.
Mengulas
kerja menaik taraf Gereja St Paul yang berusia 50 tahun, beliau berkata ia
dilakukan dalam empat fasa yang bermula tahun lepas dan siap baru-baru ini
dengan kos lebih RM200,000.
-- BERNAMA
SK Temong students who won the animated film award in Brazil will receive incentives
TEBEDU: Sarawak State
Government will give incentives to two Year Five students of Temong National
School who won the 'Best Film by Popular Jury' award at the Festival de Cinema
Escola de Alvorada (Fecea) or the recent Alvorada International Schools Film
Festival, said State Minister of Education, Science and Technology Research
Datuk Amar Michael Manyin Jawong.
Manyin said
the incentive was rewarded for their outstanding achievements and he would meet
the two students in person to congratulate and increase the amount of
incentives.
"The
award won by both students at the international level is very proud of
us," he said after officiating the completion of the upgrading work of St
Paul Church in Kampung Tema Saan here yesterday.
Macgres Sawet
and Nabiatul Dania Zulfiqa won the award for their short animated film in the
primary school category through a work entitled 'Batu Bijanjii' which means
agreement stone in the Bidayuh Bisadung dialect.
Manyin, who
is also the Tebedu State Assemblyman, said SK Temong is one of the largest
primary schools in the area and has about 200 students.
He said two
years ago, the school also won an award at the state level in a competition
organized by his ministry.
"They
(SK Temong) have done a very good job and achieved such excellent
success," he said.
Manyin said
there were also plans to upgrade the school building by adding another block.
Commenting on
the upgrading work of the 50-year-old St Paul Church, he said it was done in
four phases which started last year and were completed recently at a cost of
more than RM200, 000.
- BERNAMA
Bukti Kehadiran:
Comments
Post a Comment