BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS
Masihkah Kau Ingat?
1. Menulis dan mengolah semula
dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).
Huraian: Penulisan tesis mestilah
asli dengan menggunakan ayat sendiri serta diolah dengan baik. Apabila mengambil
mana-mana ayat daripada artikel atau buku sebagai sumber rujukan, pengkaji
hendaklah mengolah ayat tersebut menggunakan ayat sendiri dan elak daripada
menyalin secara terus ayat tersebut.
2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau
jurnal.
Huraian: Tesis yang dihasilkan
perlulah disemak atau diperiksa terlebih dahulu menggunkan Turnitin atau tool yang
lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal bagi memastikan
tesis tersebut tidak mempunyai kadar plagiarism
yag tinggi.
3. Membuat rujukan daripada
rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
Huraian: Rujukan bagi tesis hendaklah
daripada rujukan utama dan perlu dielakkan banyak merujuk rujukan sekunder. Sebagai
contoh, pengkaji perlu mengambil artikel atau jurnal yang ditulis oleh pengkaji
asal sebagai rujukan utama dan perlu mengelakkan mengambil rujukan pengkaji
lain yang menyatakan rujukan pengkaji asal tersebut dalam artikelnya.
4. Membaca banyak artikel terkini
supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).
Huraian: pengkaji mestilah
membaca banyak artikel terkini supaya pengkaji lebih memahami tentang kajian
yang ingin dijalankan. Pengkaji boleh lebih banyak membaca artikel atau jurnal
yang berkaitan dengan kajian pengkaji bagi memudahkan pengkaji untuk
mendapatkan sesuatu idea tentang kajian yang ingin dijalankan. Sebanyak 50
artikel (jumlah minimum) yang seharusnya dibaca oleh pengkaji bagi menambah
maklumat pengkaji dalam sesuatu kajian.
5. Menghadiri seminar atau
persidangan supaya mendapat input tentang
kajian yang berkaitan.
Huraian: Pelajar atau individu
yang ingin menjalankan kajian digalakkan untuk menghadiri seminar atau
persidangan berkaitan kajian yang dilakukan. Hal ini kerana apabila menghadiri
sesuatu seminar atau persidangan, pelajar atau individu akan mendapat pelbagai
maklumat tentang kajian yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Hal ini
dapat memudahkan pengkaji untuk menjalankan sesuatu kajian kerana sudah dapat
gambaran kajian yang akan dijalankan.
6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan
daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam
bidang.
Huraian: segala bentuk perbincangan yang hendak dilakukan berkaitan dengan
penulisan tesis, pelajar atau individu hendaklah sentiasa merujuk kepada
penyelia bagi kajian tersebut. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain
kerana mereka bukan pakar dalam bidang yang hendak dikaji dan dapat mengelakkan
banyak kesalahan berlaku.
7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman). Bab 2 (30
halaman – bacelor dan Master; 50 halaman – PhD), Bab 3 (10 – 12 halaman), Bab 4
(40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8 – 12 halaman).
Huraian: Penulisan tesis yang dibuat perlu menitikberatkan jumlah halaman
bagi setiap bab. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kekurangan halaman
mengikut syarat yang telah ditetapkan bagi penulisan tesis tersebut. Pada bab
1, jumlah halaman yang diperlukan adalah 10 – 12 halaman, bab 2 pula sekitar 30
halaman bagi bacelor dan Master manakala 50 halaman bagi PhD. Seterusnya, bagi
bab 3 adalah sebanyak 10 – 12 halaman, bab 4 pula adalah 40 halaman bagi setiap
objektif dan yang terakhir, bab 5 ialah 8 – 12 halaman.
8. Keseluruhan tesis seharusnya
mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81 – 150 (Master) dan 151
– 240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.
Huraian: keseluruhan tesis
biasanya mempunyai dalam 80 halaman maksimum bagi bachelor, 81 – 150 halaman
bagi Master, dan 151 – 240 halaman bagi PhD tertakluk kepada kehendak
pensyarah, fakuti dan universiti masing-masing. Syarat-syarat ini mestilah
dipatuhi bagi melengkapkan tesis atau kajian yang telah dilakukan.
9. Membuat perancangan atau
jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Huraian: sepanjang tempoh
pengajian, pelajar atau individu disarankan untuk membuat perancangan atau
jadual yang teliti bagi memudahkan tempoh pengajian pelajar atau individu
tersebut. Apabila membuat perancangan atau jadual yang teliti, pelajar atau
individu dapat membuat tesis atau kajian dalam tempoh yang ditetapkan.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia
Bukti Kehadiran:
Comments
Post a Comment